Wikipedia

Search results

Wednesday, 30 December 2015

Kisah seram komplels sukan likas!!!

Bila ingat balik kisah seram 2010 ini mesti rasa tertanya-tanya sampai skg makhluk yang aku dan sunardi asmad (xclassmate ipg tawau) nampak di tandas kompleks sukan likas kota kinabalu...

Sesungguhnya kisah ini ialah kisah benar dan benar-benar berlaku kepada aku dan sahabatku sunardi bin asmad di kompleks sukan likas kota kinabalu pada tahun 2010. boleh tanya sunardi sendiri ya.

Hatta aku, sunardi, umar dan 2 orang kakak senior ipg tawau terpilih untuk mewakili ipg kampus tawau untuk pertandingan forum peringkat negeri sabah yg bertempat di ipg kampus gaya. Bangga sikit jugala masa tu, sebab masi PPsimp dah dapat wakil. Ghehe. beza dulu dan skg kalau wakil ipg, sebab zaman skg wakil ipg untk apa2 pertandingan direct kebangsaan. Kmi terpaksa bersaing di zon sabah dulu.

Ok, berbalik kepada hari kejadian. Kejadian berlaku malam selepas hari pertandingan. Aku dan sunardi sedang melalui satu lorong yang agak gelap di dalam asrama kompleks sukan likas. Kami stay asrama likas sepanjang pertandingan forum tu. Semasa melalui lorong tu untuk ke tandas  xda pun kami terpikir tentang benda2 mistik ka apa. Just berbual2 kosong jak.

asrama kompleks sukan likas

So selepas sampai ke tandas tu, aku dan sunardi buat macam benda di bawah ni , susah mau explain dalam bentuk ayat. Hahaa 

Berus gigi menghadap cermin

Haaa, masa sedang berus gigi tu lah aku dan sunardi terpandang sesuatu di belakang cermin, di belakang cermin tu sebenarnya tandas. So makhluk yang kami nampak tu sedang kencing, sambil pintunya terbuka. Makhluk tu pakai seluar pendek dan xberbaju. Apa yang pelik tentang makhluk tu ialah dia ndak berbaju, badannya pucat dan banyak lebam2,xpakai selipar lagi ya. rambutnya macam 2/3 helai jak. 

Iras benda ni


Bayangkan makhluk di atas tu sedang menghadap belakang , berdiri dan sedang kencing. Warna kulit kalau aku xsilap pun lebih kurang macam mahkluk di atas tu.

Aku dan sunardi masa tu rilex jak walaupun sudah nampak benda tu. Tetap berbual2 kosong sambil berus gigi. Benda yang buat kami tak takut ialah makhluk tu ndak menghadap kami dan badanya macam manusia cuma sedikit pendek. So, dalam fikiran aku dan sunardi mungkin budak-budak yang menginap  sama-sama kami.

 lepas makhluk tu siap kencing dia beredar macam tu jak tanpa menghadap kami pun. So kami dua pun okok jer. Habis jak berus gigi dan membuang semua sisa2 maka keluarlah kami dari tandas itu. Semasa sedang keluar dari tandas melalui lorong gelap yang sama,  barulah aku membuka cerita pasal budak tadi. perbualan kami lebih kurang macam ni.



aku : nar, ko perasan ka budak tadi?

sunar : ya, macam lain kan pul.

aku : itulah, macam toyol tapi tinggi, kulitnya macam pucat.

sunar : pul.. jangan2 

belum sempat sunar menghabiskan kata2nya tu, kedengaran bunyi budak2 ketawa, suara budak yang belum akhil baliqh. seoalah-olah budak2 tu tengah bermain beramai-ramai dan hendak menuju ke lorong tempat kami sedang lalui. di hujung lorong yang kami lalui itu ada tangga. suara budak tu macam datang dari tangga tersebut. aku dan sunar mula berpandangan, tanpa banyak biacara kami berjalan dengan pantas ke bilik. sampai bilik jak kami terus tutup dan kunci bilik.

betul2 macam ni suasana lorong tu, sunyi, sebab kami jak yang ada masa tu.

dalam bilik aku dan sunar ceritalah benda ni kepada umar yang baru jak mau tidur, mula2 umar pun macam percaya tidak. tapi lepas dia yang kena sendiri malam itu. barulah dia percaya benda tu betul2 ada. malam tu sebenarnya masih ada kejadian pelik berlaku iaitu aircond punya suhu di turunkan sampai sangat sejuk ( ndak ingat berapa)  dan pintu bilik kami terbuka sedangkan kami suda tutup rapat. double lock lagi..

aku masa tu ndak beberapa sedar da, cuma umar dan sunar yang cerita kejadian malam selepas kami nampak budak dalam tandas tu. tapi asrama kompleks likas ni dengar2 memang menyeramkan dan memang ada kisah2 yang seram. dan lorong biliknya waduh seram banget dong. bagi aku budak yang kami nampak di dalam tandas tu mungkin bukan benda2 ghaib, aku rasa budak tu macam pesakit talasimia yang agak pucat2.. tapi bila fikir balik, buat apa budak talasimia d kompleks sukan likas dan dalam keadaan yang selekeh macam tu....kalau benda ghaib alhamdulillah pernah jumpa... Wallahu a’lam..



No comments:

Post a Comment