Wikipedia

Search results

Monday, 30 November 2015

INI BUKAN CERPEN.. ini bukan cobaan.. ini benar-benar..

18/11/2015 , Tepat jam5. 40 p.m di bandar tawau tiba-tiba …

Tit tit…. Bunyi wasap menggangu lamunan ku dari khayal mendengar lagu balada dari corong radio kereta sahabatku yg bernama zairey… tatkala membuka mesej wasap dari group pismp jun 2012 itu aku tergamam seketika melihat mesej  dari salah seorang sahabat batch aku sendiri di dalam group pismp jun 2012, mesej itu berbunyi

‘’boleh sudah cek tempat interview spp….’’

Yg membuatku lebih terkesima tatkala membaca mesej tersebut ialah di hujung msj tersebut berbunyi

 ‘’ interview spp mcm di tempat sendiri’’
hitam bos

Jauh di sudut Hatiku berbisik..’ahh, aku mesti interview d tawau juga, mustahil di keningau (kampung gue) sebab mana ada masa mau packing, kemas fail semua’’

Namun, sangkaanku kian pudar pabila bertalu-talu mesej masuk mengatakan mereka semua interview di kampung halaman tanah tumpah darah mereka.. entah mengapa, aku yang selalu buat endah tak endah tentang semua perkara, aku yang tak kisah apa jadi dengan kehidupan aku ini rasa seram sejuk saat itu… sukar untuk ku gambarkan perasaan yang bercampur baur saat menerima mesej tersebut, mahu juga aku cek sendiri tempatku  ditemuduga, namun, tanganku, mindaku, jiwaku seolah-olah belum bersedia untuk menghadapi  kesibukan, keadaan, perasaan dan perpisahan yang bakalku alami sedikit masa lagi… ah sungguh kejam kau masa! Sungguhh..

Pul..pul..!!

Suara yang sudah biasa ku dengar itu mengejutkan aku dari hanyut terus ke dalam lamunan yang tak terhenti… aku yang dari tadi hanyut di dalam duniaku sendiri menoleh ke belakang kereta dan menjawab pertanyaan daripada seorang sahabatku yang berasal dari ranau sabah itu..maka berlaku la sedikit perbualan di dalam kereta yang hanya kami bertiga waktu itu  iaitu aku, zairey dan victor..


           Aku, jiri dan victor

Victor : pul. Ko di mana temuduga.. sia di kk juga oo… ala bukan tempat sendiri..
Aku : tu la, sy tia tau lagi ni vik nantilah sy cek..
Zairey : uiii tempat sendiri ka pulak ???
Victor : eya..
Zairey : aii, bilang miss di tempat kita internship.
Aku : mungkin kamu Sandakan di tawau juga interview tu..
Victor : cuba cek

Ah di mana-manalah asal habis’’ bisik hatiku… aku beranikan diri untuk membuka portal spp itu untuk mengguraikan segala pertanyaan yang bermain di mindaku 3 minit yang lalu..
Selepas memasukkan no. kp di dalam ruang yang disediakan.. aku akhirnya beranikan diri untuk  menekan butang enter ( pengecut siot haha)..saat paparan itu muncul ..ku ukirkan senyuman di wajah ini namun ku sembunyikan suatu perasaan yang sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata…

Aku : di keningau juga ni vik
Zairey : aku … aku …???
Aku : jap sy cek……….uiii Ko di Sandakan jiri !!

Maka, terlerailah segala pertanyaan dan kebenaran. YA, SEMUA TEMUDUGA DI KAMPUNG HALAMAN ATAU PUSAT YANG BERDEKATAN!!!! DAMN MEN.. wtf is happening now. 


Aku lihat wajah sahabatku zairey seolah-olah dihempap suatu beban di bahu, pinggang,perut dan  wajahnya ( lebih-lebih pula hahah ). Mukanya yang selalu disertai dengan senyuman tatkala di waktu yang sedih macammana sekalipun berubah saat mengetahui dia akan ditemuduga di Sandakan… mungkin yang membuatkan aku, zairey dan viktor merasa suatu bebanan dan bukannya kegembiraan saat mengetahui jawapan tersebut ialah ‘PERPISAHAN’ .. tidakkah kau takut makhluk yang bernama ‘PERPISAHAN’’ ??? ( CENGENG gila monyet lah kau sepul ) ya, 5 tahun  6 bulan bukan suatu masa yang singkat untuk kau tinggalkan begitu sahaja.. bukan suatu masa yang kau lalui dengan 1,2,3 memori sahaja dan bukan suatu masa yang kau jumpa 1,2,3 orang sahaja.. ya bukan.. bukan.. bukan… sungguh bukan….

Malam-malam akhir di tawau

Zairey yang memandu waktu itu dan aku duduk disebelah kerusi pemandu manakala viktor yang duduk di bahagian belakang terdiam sejenak sambil menelusuri malam-malam akhir di bandar tawau tersebut. Zairey seolah-olah hilang arah seketika ketika memandu, tidak tahu dimanakah hala tuju seterusnya.. aku yang tadi hanya merenugi lampu-lampu malam di bandar tawau itu cuba menerima bahawa malam ini mungkin malam-malam akhir aku disini…

ALLAHHUKABAR ALLAHHUKBAR…..

Laungan azan mengejutkan kami  bertiga dari lamunan yang sungguh dalam sebentar tadi… laungan azan tersebut menandakan telah masuk waktu maghrib bagi kawasan tawau dan yang sama waktu dengannya…..

Zairey : vik, nanti ko cari la tempat parking ya.. kami pi solat dulu, jom maghrib pul ( dalam suara dan nada yang sayu ) :’(
Aku : jom –
Vikctor : okok…

Tatkala memasuki masjid bandar tawau  yang berdekatan dengan servey (pakwell) itu kendengaran suara sayu zairey….’’ Sedihnya pull’’.. aku hanya senyum sambil membuka selipar dan terus ke ruang tempat mengambil wuduk…. Bersambungg…



 masjid tawau :'(


p/s : bnyk salah eja,penggunaan perkataan yg xbetul serta penggunaan tanda baca yg xmengikut landasan yg benar.. sorry saja2 tulis mls ikut yg bener2.

No comments:

Post a Comment