Wikipedia

Search results

Wednesday 30 December 2015

Kisah seram komplels sukan likas!!!

Bila ingat balik kisah seram 2010 ini mesti rasa tertanya-tanya sampai skg makhluk yang aku dan sunardi asmad (xclassmate ipg tawau) nampak di tandas kompleks sukan likas kota kinabalu...

Sesungguhnya kisah ini ialah kisah benar dan benar-benar berlaku kepada aku dan sahabatku sunardi bin asmad di kompleks sukan likas kota kinabalu pada tahun 2010. boleh tanya sunardi sendiri ya.

Hatta aku, sunardi, umar dan 2 orang kakak senior ipg tawau terpilih untuk mewakili ipg kampus tawau untuk pertandingan forum peringkat negeri sabah yg bertempat di ipg kampus gaya. Bangga sikit jugala masa tu, sebab masi PPsimp dah dapat wakil. Ghehe. beza dulu dan skg kalau wakil ipg, sebab zaman skg wakil ipg untk apa2 pertandingan direct kebangsaan. Kmi terpaksa bersaing di zon sabah dulu.

Ok, berbalik kepada hari kejadian. Kejadian berlaku malam selepas hari pertandingan. Aku dan sunardi sedang melalui satu lorong yang agak gelap di dalam asrama kompleks sukan likas. Kami stay asrama likas sepanjang pertandingan forum tu. Semasa melalui lorong tu untuk ke tandas  xda pun kami terpikir tentang benda2 mistik ka apa. Just berbual2 kosong jak.

asrama kompleks sukan likas

So selepas sampai ke tandas tu, aku dan sunardi buat macam benda di bawah ni , susah mau explain dalam bentuk ayat. Hahaa 

Berus gigi menghadap cermin

Haaa, masa sedang berus gigi tu lah aku dan sunardi terpandang sesuatu di belakang cermin, di belakang cermin tu sebenarnya tandas. So makhluk yang kami nampak tu sedang kencing, sambil pintunya terbuka. Makhluk tu pakai seluar pendek dan xberbaju. Apa yang pelik tentang makhluk tu ialah dia ndak berbaju, badannya pucat dan banyak lebam2,xpakai selipar lagi ya. rambutnya macam 2/3 helai jak. 

Iras benda ni


Bayangkan makhluk di atas tu sedang menghadap belakang , berdiri dan sedang kencing. Warna kulit kalau aku xsilap pun lebih kurang macam mahkluk di atas tu.

Aku dan sunardi masa tu rilex jak walaupun sudah nampak benda tu. Tetap berbual2 kosong sambil berus gigi. Benda yang buat kami tak takut ialah makhluk tu ndak menghadap kami dan badanya macam manusia cuma sedikit pendek. So, dalam fikiran aku dan sunardi mungkin budak-budak yang menginap  sama-sama kami.

 lepas makhluk tu siap kencing dia beredar macam tu jak tanpa menghadap kami pun. So kami dua pun okok jer. Habis jak berus gigi dan membuang semua sisa2 maka keluarlah kami dari tandas itu. Semasa sedang keluar dari tandas melalui lorong gelap yang sama,  barulah aku membuka cerita pasal budak tadi. perbualan kami lebih kurang macam ni.



aku : nar, ko perasan ka budak tadi?

sunar : ya, macam lain kan pul.

aku : itulah, macam toyol tapi tinggi, kulitnya macam pucat.

sunar : pul.. jangan2 

belum sempat sunar menghabiskan kata2nya tu, kedengaran bunyi budak2 ketawa, suara budak yang belum akhil baliqh. seoalah-olah budak2 tu tengah bermain beramai-ramai dan hendak menuju ke lorong tempat kami sedang lalui. di hujung lorong yang kami lalui itu ada tangga. suara budak tu macam datang dari tangga tersebut. aku dan sunar mula berpandangan, tanpa banyak biacara kami berjalan dengan pantas ke bilik. sampai bilik jak kami terus tutup dan kunci bilik.

betul2 macam ni suasana lorong tu, sunyi, sebab kami jak yang ada masa tu.

dalam bilik aku dan sunar ceritalah benda ni kepada umar yang baru jak mau tidur, mula2 umar pun macam percaya tidak. tapi lepas dia yang kena sendiri malam itu. barulah dia percaya benda tu betul2 ada. malam tu sebenarnya masih ada kejadian pelik berlaku iaitu aircond punya suhu di turunkan sampai sangat sejuk ( ndak ingat berapa)  dan pintu bilik kami terbuka sedangkan kami suda tutup rapat. double lock lagi..

aku masa tu ndak beberapa sedar da, cuma umar dan sunar yang cerita kejadian malam selepas kami nampak budak dalam tandas tu. tapi asrama kompleks likas ni dengar2 memang menyeramkan dan memang ada kisah2 yang seram. dan lorong biliknya waduh seram banget dong. bagi aku budak yang kami nampak di dalam tandas tu mungkin bukan benda2 ghaib, aku rasa budak tu macam pesakit talasimia yang agak pucat2.. tapi bila fikir balik, buat apa budak talasimia d kompleks sukan likas dan dalam keadaan yang selekeh macam tu....kalau benda ghaib alhamdulillah pernah jumpa... Wallahu a’lam..



Tuesday 29 December 2015

aku, ride, dapi, asri, jerome dan en jepri



Salam..

Lepas pengajian ipg tamat, rasa ndak tau mau buat apa di rumah. Sudah biasakan 5 tahun 6 bulan sibuk dan pack dengan aktiviti dan tugasan then tiba2 kau rehat di rumah tanpa buat apa2 yang menggunakan otak kau. Haha. Maksudnya buat benda ilmiah  yang memerlukan otak untuk diperah. Kesantaian di rumah akhirnya mengundang ‘kebosanan’. Mau cari kerja? Ohh no men, gue mau rehat dolo. Haha.


So lepas beberapa hari aku rehat, maka terjadilah plan yang x seberapa plan sebenarnya. Plan jalan2 melancong cari cewe ( tipu ). So rancang punya rancang maka aku dan beberapa orang klasmate p la jalan2. Di mana?? Di kk jer. Hahahaha. Rasa cam lawakkan jalan2 d kk. Orang mesti rasa ‘eh apahal ko jalan d kk?’ p lah melancong ke jepun ka, indon,’’. Aku mula2 pun fikir macam tu, tapi aku tetap juga teruskan niat ‘jalan2 d kk’ tu dan alhamdulillah it’s totally worth than I imagined.


Aku sampai kk ahad 20/12/2015 dan aku yang p sewa hotel dulu untuk geng2 yang lain. Xbanyak pun geng yang datang, ride, dapi, Jerome, hasirul dan asri jak yang datang. Itupun Jerome ndak dapat sama2 kami fulltime coz of Christmas celebration, hasirul pula Cuma 1 hari datang then trus p mancing di laut. Asri ?? budak ni datang pada hari jumaat petang!!. Sedangkan ahad bersurai. So, Cuma kami bertiga sahaja yang menjadi watak utama kali ini ( ride, dapi, aku ).


So , let me conclude all  the activities and experience for the whole weeks. but if you find traveling around kk is funneh , please make some donation to me so I can travel abroad . haha joking, coz I find it was funneh to. Noob yeah. I know. Haha


DAY 1 : ( 22/12/2015) selasa

Sambut kedatangan dua budak ni dari hotel pada jam2 pagi. Ksian dari lahad datu and semporna bah drg. Haha. Aku pula sampai kk jam12  hari ahad. bayangkan dari ahad jam12 t.hari ahad tu aku tunggu dua budak ni, jam2 pagi hari selasa baru drg sampai. aku ingat drg akan sampai isnin petang. 2 hari ba menunggu. Bingung kepala otakku menunggu drg. Akhrinya pada tepat jam2 pagi hari selasa tu sampailah dua budak ni. 

gambar diambil pada jam2 pagi d hotel lejen haha



so , hari pertama tu lepas sampai dua orang budak ni  kmi story2sikit then barulah bertiduran semuanya. penat kali drg mengharungi lebih kurang 500 km perjalanan. haha. tup2, tepat pada jam10 pagi maka bersiaplah kiteorang untuk jalan2. aku pikir2, mau jalan p mana ya d kk ni. aku sendiri pun bukan orang kk. ditambah lagi kereta tiada. so, kami koling2lah si jerome untuk bawa kami jalan2 di sekitar kk ini. hehe. tapi sebelum si jerome dtg kami p sarapan dulu. di bawah merupakan sarapan kiteorang. RESTOREN KAK TINI GAYA STREET KK. sedap!!!

nasi ayam penyet (aku)
soto ayam ( ride )

tom yam ayam ( dapi )
minum air putih syak. jimat bajet sikit memandangkan harga makanan di kk ni agak mahal sikit. so, air putih adalah air pilihan utama sepanjang perjalanan kali ini. 1 jam lepas kami siap makan, maka datanglah jerome dari papar ( tq jer, selalu ada di sisi) haha. 

kedatangan jerome usai sarapan pagi

lepas si jerome datang maka kmi story2lah sikit pengalaman interview sPP. mmg lawak2lah pengalaman SPP, ketawa berabis syak. mangsa utama yang diketawakan ialah tu budak baju biru belang ungu-putih tu. HAHAH. then, 1 jam lepas si jer datang, datang pula si sirul (ustaz) untuk menemani hari pertama kami jalan2. first destinantion was centre point ( noob )  and the first thing to do is to eat again.

makan terussss


sebenarnya aku kenyang, sebab baru jam11 aku makan. tapi jam 2 petang makan lagi. haish, ''perut oh perut mengapa engkau besar, macamana aku xbesar tuan makan terus, tuan makan terus'' boleh praktikkan lagu tu untuk kenakan orang yang boroi macam aku nie. gehegeh. seleasi makan, round2 cp then kami terus ke suria sabah. plan mula2 mau naik kete p suria sabah, namun setelah memikirkan bertapa jemnya kk masa tu maka kami pun membuat keputusan untuk berjalan kaki dari cp ke suria sabah. gilak jauh woiii! kurus gue trus. anggaran jauh dalam 2 km lebih plus mengharungi highway dan laluan berliku. HAha. anggaran jak ya, nasib masa tu jalan ramai2 so ndaklah krik2 sepanjang perjalanan.


perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit
suria sabah 

sampai akhirnya suria sabah. huh. capek

tujuan utama ke suria sabah sebenarnya mau cari promosi kasut bola dan barang sukan yang di jual. so, kami pun masuklah ke dalam suria sabah tu. huh baru lega sikit sebab aircond all the way di dalam suria. hehe. cari punya cari maka jumpalah kedai yang jual promosi kasut tu.

taraaa inilah kedai yang di maksudkan!

50 %!!!!!! lai lai lai,,,

muka penat mencari kasut dan barang2 sukan

pehhh!! meleleh.
memang betul ada promosi barang sukan di kedai ni, cuma yang murah2 dah habis leee. adoi, barang yang tinggal  promosi 50% TU Kebanyakan yang mmg harga asal mahal. contoh rm800,700 and paling murah pun 150 ( ndak smart ) . so, kalau 50 % less pun tetap mahal siot. barang yang harga asal rm100 dan ke bawah yang 50 % sudah lesap awal lagi, maknanya kami telah terrrrrlammmbaaat. lepas hampa keluar dari kedai tu, kami round2lah sikit suria sabah. keluar jak sudah jam5 petang. fuh, memang ndak sedar langusng beb. pas tu kami jalan kaki balik ke cp untuk ambil keta, penat woooiiii. then jam6 petang gitu lepas solat semua barulah kami rehatkan badan dengan melepak sambil makan roti canai mamak di api-api centre

rm0.50 sen satu. sedap 

teh tarik mamak. sedap
lepak2 di kedai mamak sampailah jam7 lebih. memandangkan jerome xdapat tidur n stay sama2 kami due to christmass celebration, maka hanya tinggal kami bertiga jak. hasirul jam6 lagi balik p memancing dgn member sekampung. so, here we are. ride dapi dan aku. so, lepas jerome balik we went back to our hotel just by walking form api2 centre to gaya street. 1 km i guess. sampai hotel solat mandi then tidurrr zzzzzz. end of our first day.

DAY 2 : ( wednesday 23/12/2015 )

pagi yang bingit di tengah  bandaraya kota kinabalu.tambahan hotel tempat kami stay mmg berdekatan dengan highway menambahkan lagi kebingitan di telinga ini. so, lepas bersiap semua we went to our breakfast at the same place like yesterday KAK TINI RESTOREN!. aku makan rojak, dapi nasi goreng usa and ride sup ayam + nasi. slurrrpppp. habis makan kami ke cp untuk cuci mata, duit belum cukup untuk beli-belah. jeng, jeng , jeng tiba masanya ke moment yang ndak boleh dilupai, iaitu momen berjalan kaki dari cp all the way to imago. wohoaaa, mula2 macam xlojik rasanya jalan jauh macam tu kan. tapi, bila kami tanya seorang pacik tu jalan ke IMAGO, dia cakap ''oh dekat syak tu kamu jalan terus dan jumpalah IMAGO''. kami 'ooh yaka, tq pacik for your guidance. kami sangka jauh betul imago tu sampai ada certain people yang cakap 'gilakah jalan kaki dari cp ke imago!!'

so, kami ikutlah arahan pacik tu. dan.. dan... dan.. dan... IMAGO mmg jauh pacik. woi pacik ko tipu kami ya. brengset. jauh gila imago tu rupanya. PANAS, SESAK, JAUH....bla bla bla.. demi imago kami sangup harungi lautan api.. puiii.. budak kampung bah ksian, baru mau tengok imago.

dan kami sampai setelah mengharungi lautan api

jadi gila orang ni nampak liverpool punya sport shop

jumpa lagi 
okay, tujuan utama kami ke imago sebenarnya ialah untuk nonton wayang. si ride yang berabis mau p imago untuk nonton wayang sebab wayang sana memang best + popcornnya sedap. tapi iklan sebelum wayang bermula memang gila. boleh-bolehnya iklan `15 minit?? habis dah popcorn dan air kami barulah wayang start. panas!!!. kami nonton star wars the force awaken, hehe, siokk bah. aku memang peminat star wars dari dulu sampailah yang latest. so aku bagi 9/10 bintang untuk star wars kali ini. habis jak nonton wayang maka baliklah kami ke hotel dengan berjalan kaki dari imago ke gaya street. huh, pacik jenuh kakiku berjalan, sampai hotel solat mandi then tidur. makan malam dah kenyang makan popcorn.

DAY 3 : (khamis 24/ 12/ 2015) ( maulidul rasul )

koookk...kooook....bunyi ayam mengejutkan kami dari tidur yang panjang pagi itu... aku tercari-cari dimanakah bunyi ayam itu datang sedangkan kami berada di tengah-tengah bandar konkrit yang ada cuma burung dan bunyi kereta, kelihatan ride dan ghadapi juga saling berpandangan tercari-cari dimanakah bunyi ayam itu datang. aku cuba mengamati arah bunyi ayam itu dan tiba2...''PUL PUL bangun oii jalan kita''. ohh.. barulah aku sedar rupanya aku sedang bermimpi, suara dapi itu mengejutkan aku dari bermimpi bunyi ayam di tengah bandaraya kota kinabalu. dengan muka yang lelah aku menuju ke tanadas dan mandi... so third day? nothing special. just jalan2 ke CP.. hahah. balik2 cp, kami p karok, nonton wayang di cp then ke kk plaza untuk cuci2 mata ksian. xda duit.




TAPI PADA MALAM ITU semasa kami sedang rakus makan malam tiba2.. teeet2 bunyi wasap masuk..mesj di wasap itu berbunyi ''kamu di mana sudah''? lalu aku membalasnya 'kami tengah makan  d gaya street'. 'ok jumpa sana'. beberapa minit selepas makan  suatu lembaga datang dan menghulurkan tangan dengan senyuman yang biasa kami lihat di ipg tawau beberapa ketika dulu.. en jep rupanya dengan baju berwarna hitam malap datang then trus duduk makan sama2 kami malam itu..
tanjung aru woii bersama en jep

aku xpasti jam berapa kami habis makan malam tu, yang pasti lepas makan we went to en jep house UUC phase 2. temankan en jep jenguk2 rumahnya skejap then we went to pantai tanjung aru then ke anjung senja untuk kopi2 jap sampailah pukul 1 pagi then we went back to our hotel while en jep pun balik ke hotelnya sendiri. penat tapi best.


DAY 4 : ( friday 25/12/2015) Christmas

bangun pagi pada hari jumaat d tengah bandaraya kota kinabalu rasa macam lain sikit sebab terasa agak sunyi berbanding hari-hari biasa. lama juga aku memikirkan kenapa mcam agak suram kk pada hari jumaat ni ya. then baru aku ingat that day was Christmas eve. so, maybe kebanyakan orang balik kampung or stay di rumah untuk bersama family. hari kelima ni lepas sarapan kami ke cp untuk tunggu en jep datang ambil ke masjid untuk solat jumaat.

aku sebenarnya first time solat di masjid besar kk ni, haha. saiz masjid memang besar dan alhamdulillah orang yang datang memang sangat banyak. oya, ada satu kejadian pelik masa tengah khutbah disampaikan. masa tengah dengar khatib sampaikan khutbah yang berkaitan dengan sedekah datanglah peti derma masjid yang di sorong2 tu. bila dah sampai tempat aku, aku terus sorong peti tu ke tempat orang sebelah aku memandangkan aku dah derma duit di pintu masjid sebelum masuk, so lepas orang sebelah aku masukkan duit dia sorong peti tu ke orang sebelahnya. apa yang buat aku rasa pelik sikit ialah orang ketiga tu langsung xmenghiraukan peti tu.

 bukan wajib pun masukkan duit sedekah ke dalam peti tu, tapi perkara yang pelik ialah orang tu langsung x tengok peti itu dan x sorong pun peti tu ke sebelah sedangkan ada banyak lagi orang lain yang menunggu peti tu untuk masukkan duit. mula2 aku ok jak, tapi bila da sampai 5 minit peti tu masih ada di depan orang tu aku mula hilang fokus dengar khutbah tu, aku rasa macam aku mau cakap 'bro, agak2lah peti tu, kalau ko ndak mau bagi pun tolonglah pass ke orang sebeleah kau, orang lain pun mau bagi sedekah''. serious aku panas masa  tengah dengar khutbah tu, orang yang  di sebelah aku pun rasa pelik tengok orang tu biarkan jak peti tu di depannya. lebih kurang 6/7 minit peti tu di depannya barulah orang yang berada berdekatan dengan orang tu ambil sendiri peti tu.

lebih kurang macam ni peti derma masjid tu, cuma ianya ada roda untuk memudahkan peti ni disorong.

aku masa tu rasa pelik dan panas,tertanya-tanya samada orang tu ok ka x. yang aku ingat orang tu mungkin berusia 30 an dan berjubah putih penuh. aku sampaikan terfikir benda2 ghaib iaitu mungkin orang itu jin or malaikat. HAHAHA. serious sampai tahap tu. tapi siapa tahu kan.maybe. beberapa minit lepas kejadian tu maka bermulalah solat jumaat. aku perhatikan jak orang tu masuk ke dalam saf. fizikalnya tinggi sikit dari aku dan berjubah putih penuh, sedikit janggut dan pakai serban putih... aku berani bersumpah ini ialah cerita benar dan bukan rekaan semata-mata. terpulang kalau mau percaya atau ndak. tapi mungkin xdala pelik sangatkn.  usai solat jumaat aku dah lupa pasal kejadian tu, aku, dapi, ride dan en jep berpisah2 masa solat jumaat . so aku tunggu drg di luar masjid lepas habis solat memandangkan aku kuar awal.

sempat wefie sebelum solat



lepas kluar dari masji kami terus ke giant beli barang2 untuk tolong bersihkan rumah en jep. selesai bersihkan rumah en jep kami ronda2lah kawasan uuc tu. boleh tahan cantik kawasannya.


macam hensem dan tegap baju biru tu kan. gahaha

trip potojenik haha

so, selesai wefie di UUC kami pulanglah ke hotel untuk berehat seketika. sampai jak bandar, ustz asri mesej yang dia sudah sampai kk. so, aku ride dan dapi p lah ambil asri di terminal bandaran kk then bawa dia ke hotel untuk rehat2 skejap. sampai hotel, kami terus zzzzzzzz sampailah jam9/10 we went to cp again. yehaaaa ndak pandai boring haha, sampai cp kami terus ke panggung wayang untuk cek list wayang malam tu. bincang punya bincang akhirnya kami bersetuju untuk nonton IP MAN 3. fuh best siot,scene mike tyson vs ip man tu rasa macam woowww legend vs legend walaupun aku rasa mike tyson memang lebih kuat dari ip man kalau betul2 hahah. tapi ip man 3 ni sedih gila ehhh. bini IP MAN tu mati rasa macam moral down sebab dia memang pemangkin keseronokan wayang tu. hahaa. p lah tgok sendiri baru tau rasanya. malam tu aku, dapi ,ride,en jep dan asri khayal di bawah pengaruh IP man 3.

Lepas habis IP MAN 3 kami teruskan perjalanan ke anjung senja untuk lepak2 minum2 sikit. then dalam jam2 gitu we went back to hotel and zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

DAY 5: ( saturday 26/12/2015)

bangun2!!! jom berenang woii..suara dapi sekali lagi mengejutkan kami dari tidur yang lena di dalam hotel yang memang tidak kondusif ito. haha. ya hari ini ialah hari untuk kami rehatkan diri dengan berenang2 ke tepian..ehh? ahahah. renang2 di kolam kompleks sukan likas yaw. bayaran masuk rm5 ringgit, pakaian sebaik-baiknya pakaian mandi. dari jam9 sampailah jam11 pagi kami bermandi - manda.
mantep

memang best gila mandi kolam 2 jam tanpa henti. so, lepas mandi tu kami merasakan perut masing2 sudah berketuk ketampi menandakan kelaparan sudah menjelma. LAPAR bos, so kami pergilah mencari sesuap nasi dan alhamdulillah bertemu juga dengan nasi arab di kampung likas kota kinabalu, aku pun ndak tahu dimana tu sebab kami hampir2 sesat mencari tempat makan, tiba2 nampak signboard NASI ARAB EVERY SATURDAY AND SUNDAY ONLY, so kami pun berhentilah sana dan mulalah mencari makananan yang ada. RM12 harganya! mahal!!! tapi slurrrpppp, sampai menjilat tubuh badan. gahaha. selesai makan kami balik ke hotel dan ready2 untuk jerome datang ambil kami ke majlis pertunangan sahabat PISMP JUN 2012 iaitu HARITH dan SHANA di kampung tebobon KK. awalnye mereka. tahniahhh dedet n shana

geng boboi PISMP JUN 2012 IP TAWAU yang rakus, kacak,sasa,solid, nakal tapi berakal. haha

dedet n sahana E-DAY, TAHNIAH!!
E-DAY dedet n shana memang awesome, sebab macam kawin bos, ramai betul orang datang dannnnn makanannya waduh sedap banget sih. gue yang uda kenyang makan nasi arab kembali laper liat makananya yang banyak dan sedap. Bila dapat kumpul ramai2 balik macam ni rasa macam masih dalam ipg, rasa macam 2016 ni masih akan balik ke ipg tawau untuk sem seterusnya. walhal hakikat sebenar semuanya uda habis dong. macam sedih? hmmm bolelah. gaya semua pun masih sama, ada jak lawak bodah dikasi keluar. memang ketawa syak la time majlis ni. ada sikitlah yang berbeza iaitu dari segi fizikal ada yang makin sasa, gendut dan boroi. haaa, biasalah tu umur dan meningket. apapun, tahniah shana dan dedet semoga majlis kawinnya bulan 2 tahun 2016 berjalan dengan lancer ya. AMIN.

selesai majlis dedet n shana kami sempat wefie2 sebentar sebelum berpeluk2, bercium2 antara geng boboi menandakan perpisahan seterusnya.
bo bo boi!! see you again. moga posting awal semua pismp jun 2012.

lepas weifie ni kami bersalaman, peluk2, cium2 then bertebaran menuju ke destinasi masing2. sedihlah juga sebab inilah muka kau nampak 6 tahun di ipg tawau. tapi, yang bertemu pasti berpisahkan. hakikat mana boleh lawan. so, lepasss sahaje majlis ni we and the geng iaitu jerome, asri, dapi, ride dan aku mencarilah tempat yang boleh disinggah untuk beristirehat sebentar. en jep masa ni berada di rumahnya UUC sedang keletihan kot mengemas rumah kali kedua. haha. 

cari punya cari maka kami terjumpalah bukit KOKOL kk iaitu antara pusat pelancongan di kk yang agak tersembunyi dan seriously awesome and beautiful. aku xsangka di tengah bandaraya kk yang penuh dengan konkrit ni ada tempat pelancongan macam bukit kokol. tempatnya memang awesome gilak!. aku ndak pasti jalan ke tempat ni tapi yang aku pasti jalannya naik bukit sejauh 15 km menurut jerome yang lebih arif tentang tempat ni. jauh juga dari bandar kk, kawasannya masih hutan dan dingin sebab tanah tinggi kot.

mantep!

lepak2 sambil tengok amoi limpas2 ha ha ha

banyak tourist datang sini

panorama view

cantik woii. nampak 1 kk.

masuk ke tempat ini adalah percuma, cuma jangan beli makanan dan minumannya sebab harga international haha. xsure jugalah, tapi selalunya tempat pelancongan macam ni surely expensive huh?. aku tak pasti, next time kamu p tempat ni trylah beli makanan or minumannya. kalau mahal padan muka.

lepas lebih kurang 40 minit berada di bukit kokol maka kami pun berangkatlah pulang ke kota. sepanjang perjalanan balik ke bandar kk tu tiba2 dapi bersuara ''uii kerbau!!''. aku pun rasa macam kenapalah kalau kerbau? then baru aku teringat semula yang dapi ada cakap yang dia ndak pernah nampak kerbau live depan mata di semporna. hahahah. aku ndak tahu dia cakap the truth ka atau just joking. tapi dari mimik mukanya macam serius dia ndak pernah nampak kerbau. so, memang semporna ni tiada kerbau ka? haha. orang semporna jangan marah ya kalau baca. so, aku snaplah gambar kerbau tu untuk kenangan kepada ghadapi bahawa dia telah melihat kerbau secara live!

live depan mata dapi. sang kerbau. hahahah
so, lepas mengharungi perjalanan turun dari bukit kokol kami terus menuju ke kedai automobile shop di kawasan menggatal kalau ndak silap. dan ini yang kami nampak..

heaven of rim

bersilau-silau
aku ndaklah obses sangat pasal rim ni sebab belum ada kete sendiri, so aku rasa macam nantilah baru fikir. tapi jerome macam ndak keruan pula nampak rim tayar ni. hahah. macam dia mau cucuk itu bank kasi kluar smua duit yang ada untuk beli rim baru. hahah. jangan mareh jer. servey punya servey sambil cuci mata, kami pun baliklah ke bandar utama kk. tapi kami ndak terus balik, kami naiiik lagi ke bukit bendera kota kinabalu. kira atas bukit jugalah sebab nampak bangunan2 kk. masa ni lebih kurang jam7 malam dah rasanya.

so, pemandangan bandar kk dari atas bukit memang awesome. lebih kurang setengah jam berada d bukit bendera kk, kami pun balik ke hotel untuk solat dan sebagainya then teruskan lagi perjalanan ke kk plaza untuk singgah ke kedai matahari. baju2 sana murah2 siot. so, aku pun belilah beberapa pakaian dan hadiah untuk beliau. lepas dari kk plaza kami terus ke pasar sinsuran iaitu pasar malam kk yang banyak jual barangan seperti baju,spek mata, kraftangan, perhiasan ppuan, gadjet, jam dan banyaaak lagi. selesai cuci2 mata, kami terus ke cp lagi, 

hahah. kali ini kami datang dengan semangat kesukanan bermain bolinggggg.kami tempah main 3 pusingan  rm20 ringgit seorang. PUAS dan team aku, jerome,dapi vs en jep,ride dan asri. kami kalah teruk 3-0 dan juara individu adalah ride. selain bermain badminton dan bola sepak ride memang serioulsy berbakat main boling. menang terus hasih. aku? pusingan 1 no 4/6, pusingan 2  no 5/6 dann pusingan 3 no 2/6. pusingan akhir tu aku sikit kalahkan ride. nooblah eh.

KEPUTUSAN PUSINGAN KE- 2.

KIRI( E - EPUL, D- DAPI, J-JEROME) = 254 POINT KESULURUHAN

KANAN ( R-RIDE, M- MANIA ASRI, E- EJ JEF) = 295 POINT KESELURUHAN
kalah terus kami sampailah ke pusingan ke 3. biar kalah, asal enjoy. yaa mmg enjoy sangat. firstime main boling lama macam ni. gahaha. walupun main boling ni macam permainan cewe2kan. paduli. lepas main boling ndak sedar masa telah menujukkan tepat jam11.00 p.m dan game liverpool vs leicester city sudah bermula. maka , hard die fan liverpool yakni jerome dan ride pun bergegas mencari tempat lepak yang ada epl game on masa tu. cari punya cari akhirnya jumpa dan terpacaklah semua liverpool fans nonton game tu, tiba2 pada minit ke 63 perlawanan benteke berjaya menjaringkan gooooollll hasil asis firmino. maka kedengaranlah suara fans liverpool seantero kota berteriakan ( hiperbola skit) dan game kekal 1-0 sampai ke masa tamat. liverpool 1 leicester city 0.

macam pengulas bola pula, walaupun kampung2 hahaha. habis nonoton game ni kami pun balik ke hotel. eh silap, kali ini kami balik ke rumah en jep, stay d uuc untuk satu malam. so, sebelum berangkat ke rumah en jep tu, kami sempat lagi berwefie di depan hotel yang telah berjasa selama 5 hari terhadap kami.
gaya hotel di belakang tu. hotel paling bajet.

haaa, itulah hotel kami selama 5 hari. rm35 1 malam. tapi ndak sesuai untuk ppuan, sbb tandas share. kalau lelaki xkisah pun benda tu. ppuan kalau tandas luar danger sikit. 

pro dan kontra hotel :

pro : murah rm25( single room) rm30 ( double) rm35 (triple), bilik bagi aku bershih (nyamuk dan lipas tiada ), ada penunjuk arah kiblat untuk solat, tandas sangggaaaat bersih!!!

kontra : dekat highway jadi memang bising bunyi kereta, tandas di luar so terpaksa share, tiada aircond just kipas.

hotel ni ada di gaya street sebelah agrobank, bagi aku secara keseluruhannya 3.5 /5 point aku bagi. aku n the geng rasa selesa, kondusif dan berpatutan. haha, maybe sebab kami semua lelaki jadi xkisah sangat aircond, bising atau sbgnya. tapi untuk ppuan stay sini kurang sesuailah. lelaki? inilah tempat kamu kalau betul2 mau bajet. orang cakap hotel ini sbnrya tempat kapel dtg check in hahahah, ndaklah aku tau dan ndaklah ku kisah asal semuanya okay.

so selepas wefie tu, maka kami pun angkatlah segala beg-beg yang ada dan terus berangkat ke rumah en jep pada pukul 2 pagi. sampai rumah en jep, cerita2 sikit then trus zzzzz. masa tu cuma ada aku, asri,ride,dapi, en jep dan jerome. suasana tidur ramai2 macam tu benar2 mengembalikan nostalgia ipg kampus tawau. dalam bilik sampai 6- 7 orang tidur. heheh. semuanya tinggal sejarah bro. :'), bercampur baur perasaan malam tu.. puikk hahah..

keesokkan paginya tepat pada jam6 pagi kami pun bertolak ke terminal bas inanam untuk hantar dua orang budak iaitu ride dan dapi balik ke rumah masing2  lahad datu dan semporna, tepat jam8 selepas salam,peluk2,cium2 ride n dapi pun bertolaklah. aku ingat malam tu si jer cakap ''mengapa harus ada perpisahan''???!!!!, walaupun dia cakap dalam keadaan bergurau dan bersahaja, namun sepertinya aku dapat merasai kesedihan itu.

 jerome balik ke papar dan asri temankan aku ke terminal bandaran untuk beli tiket balik ke keningau. bas aku bertolak pada jam11 pagi sedangkan masa tu baru jam9 pagi. so, kami pun singgah sekejap ke pasar ahad gaya street untuk cuci mata dan tepat jam 10.50 pagi aku berangkat menuju ke terminal bandaran selepas bersalam-salam dengan asri. asri cakap dia balik petang dan mau jalan2 dulu di suria sabah untuk beli buku. so goodbye kk. till we meet again. sweet memories walaupaun cuma jalan kaki most of the time kami still rasa awesome and enjoy. aku pun xtahu lagi bila buat macam ini. kalau semua sudah kawin tahun depan, hmmm. susahlah sikit. xkan bawa bini jalan kaki 1 kk kan. haha. salaammm....

special thank to :

jerome jaikin 

yang sanggup datang dari papar ke kk untuk temankan kami jalan2 walaupun sibuk dengan perayaan christmas. thank you bawa kami jalan2 guna keta alza awesome kau. tq for always being there from ipg tawau till now. a friend that u can find just one in a million.

en jefri

yang selalu belanja kami makan2, minum2, bawa kami jalan2 dan benarkan kami stay rumahnya satu malam. en jep mmg sangat2x00000 pemurah dari ip tawau sampailah ke skg. haha. semoga rezeki en jep bertambah2. amin. nanti, kami begaji kami yang belanja en.

hasirul

tq sirul sebab kasi kawan jalan2 1 hari, tq kerana sudi menjemput kami ke rumah ko. tapppii, belum ada rezeki. nntlah tahun depan bro. 









Friday 25 December 2015

Hey awak :)

Do you still remember the first day we met ? Im asking you something and you look damn. Gahaha. It was on fasting month. I bet you'll never remember it. If you do, tell me. Haha

P/s : just a nonsense post today, too tired to share something due to the pack activities from sunrise to sunset.

Wednesday 23 December 2015

IPGTAWAU THROWBACK! EPUL Feat zairEy

Hari ni penat gilak. Keliling satu kota kinabalu dengan dua org budak ney, jalan kaki dari hujung ke hujung kk. So, skg ni ini gue penat dan rehat dolo.

Epul, ride, dapi ( mcm ninja turtle gahaha)

Tapi sebelum itu, mari saya sajikan anda dengan lagu duet epul ft zairey berjudul syurgamu dari ungu band. Cover ni direkodkan pada bulan puasa 2013 selepas solat tarawih. Plan mula2, mau post di fb. Tapi dua2 malu. Haha. So biarlah aku post sni saja ya. Kawanku tu bernama zairey, ustad,hensem, berbakat...macam2lah... Boleh cari2 d fb zairey zai..haha


Semoga terhibur walaupun tak terhibur... Salam maulidulrasul besok.

Tuesday 22 December 2015

Dont grow up stupid!

Sedang baca-baca blog orang tempoh hari, aku tertarik dengan satu ilustrasi gambar di bawah ni. 


Paham ka maksudnya ? Klu xpaham, biar aku translate. 

'Don't grow up. It's a trap."
" jangan membesar. Ianya satu perangkap"

Ilustrasi gambar katun tersebut ialah dari animasi peter pan. Peter pan bah, yang cerita fantasi tentang seorang budak yg xmau membesar tu. Dia gambarkan seronoknya terus muda dan bertapa sedih dan sadisnya bila sudah jadi tua. Naa, kampung punya explaination sudah keluar. Haha. Kalau x paham juga, boleh cek sendiri animasi tu, ada juga dibuat dalam filem bukan animasi, manusia betul punya filem. (Harap2 kmu fahamlah apa gue ckp ya )

Tapi berbalik kepada gambar tersebut dan bertapa dalamnya maksud quote dalam gambar tersebut. Dont you think how deep it is huh ? Or have you ever wonder about it?. I never wonder about it b4, but now im hehe. Masih ingat dlu masa tahun 6, bertapa gembiranya hatiku ni mau menamatkan UPSR dan bertapa x sabarnya mau sambung sekolah menengah masa tu.  Mau cepat besar bah, mau cpt kawin. Tak tahu pun apa yang bakal menimpa, tak tau pun apa rasanya pegang satu tanggungjawab, tak tau apa ertinya emosi, cinta, nafsu, hubungan and so on....

Damn men!

Bro and sis, masa kecil kita ndak rasa pun ada tekanan macam apa yang kita alami skg. Sebab masa kecil apa yang kita fikirkan cuma main,tidur, makan and repeat. Masa kecil nafsu dan emosi kita ndak sebesar bila dewasa, kita x dapat pun rasakan emosi orang lain secara mendalam, kita x rasa pun mahu jaga hati orang lain, kita x kisah sangat pun apa yang orang lain fikir tentang kita. Yang ada cuma kita dan diri kita di dalam dunia kita, orang lain cuma orang lain. Kau kau, aku aku.


Level understanding kita terhadap apa yang kita nampak dan rasa pun x lah sebagus bila dewasa. So, kita xdpat rasakan sesuatu tu secara lebih mendalam. Memang kita nangis, tapi nangis masa kecil dan nangis bila kau sudah dewasa punya satu rasa yang sangat berbeda. 


Lain perasaannya tu bos , sakitnya tu di sini bilang si cita citata. mau tau lainnya macam mana? Ko kasi nangis kawan mu yang sudah besar dan kau kasi nangis budak2 kecil. Cuba ko perhati, mana lagi kau rasa kekok adegan menangis tu? Xpyah jawab. Jawab dalam hatimu jak.

Aduh. Sedihnya. Knp ni.

Eh budak ni, aku tampar kang


Kamu mesti rasa cewe tu nangis lebih emosi kan? . banding budak laki tu yang nangis. Beza memang beza.budak nangis kadang buat kau panas. ( sebagai seorang bakal guru, xboleh beranggapan sprt ini ya haha) , tp orang dewasa nangis buat kau kekok sebab kau tahu dia nangis sebab kau memang dapat rasa emosinya.

Aduh. Macam jauh menyimpang pula dah, ok berbalik kepada quote gambar tersebut apa yang aku mau sampaikan ialah " rupanya menjadi dewasa ini bukanlah suatu yang indah seperti apa yang dibayangkan". Rupanya bebas dari kongkongan ibu-bapa bukanlah sebebas seperti apa yg kita impikan,  kerna disebalik kedewasan yang kita perolehi ini kita pastinya disusuli dengan tanggungjawab yang lebih besar dari semalam. Kerna disebalik kedewasan yang menyusur ini, pasti banyaknya pengorbanan yang perlu kita lakukan. 

Haha. Tu bukan madah pujangga ya adik2 abang2. Itu ialah hipotesis akhir aku. Hipotesis? Haha. Aku pun xtau apa word yg sesuai. Tp hakikat hidup manusia, yang kecil mesti besar, yang pendek mesti panjang, yang hitam kadang jadi putih, yang .... Banyak pula yang... Dan yang paling pasti, yang hidup pasti akan mati. 

So kesimpulannya, Jadi dewasa bukanlah suatu trap?? Entahlah...aku bukan siapa2 mau buat kesimpulan, tapi mungkin...mungkinlahh...mungkin jak ya...menjadi dewasa ini ialah satu fasa yang buat kau paham dan kenal siapa diri kau sebenar. 

Courage n wisdom i guess


Dan, orang punya pengalaman yang berbeza-beza dalam hidupnya. Mungkin zaman kanak2nya suatu yang hitam dan dewasa adalah zaman kegemilangannya atau yang sebaliknya. Who know? Different life different stories. Orang kata dont grow up too fast, bagi aku xda masalah grow up to fast as long as you grow up with wisdom. Sorry english tunggang-langgang, harap dipaham jak la.  Apapun banyakkan muhasabah diri ( terutama aku ni yg masih jahil). 


And how was the syriaan, african kids's life n for all those unfortunate kids around the world. They may not even thinking about growing up because they may not even want to live at all. 



P/s : sesungguhnya post ini ialah berdasarkan imaginasi, pendapat dan pengalaman (terlalu sedikit) aku jak. X sahih dan xboleh dipercaya 100%. Aku masih jahil. 

Monday 21 December 2015

Penggunan Aku dan Saya di sabah..

orang yg bukan asal sabah kadang2 keliru mau guna apa samada saya atau aku time berbual dengan member2 kan ? Yeke? Atau aku jak yang perasan ni haha. Tapi klu bckp dengan org yang kita hormat cthnya pensyarah, org lebih tua or sapa2lah yang kmu rasa2 terhormat, mestilah kmu guna saya kan. 

Tp bila bercakap dengan org yg seangkatan dengan kamu or member2 mesti kamu wondering why some people of sabahan guna aku and some guna saya.. Hmm. Mcm misteri kan. Tp sebenarnya tak. Haha. Ok mari gue explain. 'Gue'????? Haha. Gue to pinjaman bahasa dari indon ya. Saja2 aku guna. Ok SAYA atau Aku??!!!! Mari kita buka kitab bahasa dahulu sebelum apa2 bermula.

Aku = kata ganti diri pertama tunggal ( selalunya digunakan untuk bercakap dengan kawan/tuhan )

Saya = kata ganti diri pertama tunggal ( selalunya digunakan untuk bercakap dalam urusan rasmi dan orang yang belum/baru dikenal )

Sumber cek disini http://tatabahasabm.tripod.com/tata/gantinama.htm

So, aku dan saya mempunyai hireaki penggunaan/kategori yg sama iaitu kedua2 merupakan kata ganti diri pertama (tunggal ). Info lebih lanjut boleh buka dewan bahasa or buku tatabahasa yang tebal berwarna hijau tu.

beli kau ini kalau mau pakar bahasa haha


So, berbalik kepada entry. Kenapa ya si anu guna saya, si anu guna aku ???? Jadi gue mau guna apa ya bila bicara dengan mereka? WAduh kacau. Haha. Alright. Let me explain now bro.


Sabah merupakan negeri yang terbahagi kepada dua bahagian utama. Pantai barat dan timur. Boleh cek peta di bawah :



Pantai timur yang berwarna hijau dan biru. Yang lain semua pantai barat. Nampak ? Kalau xnampak ehem tinggal berapa jumaat lagi tu. Ok, berdasarkan peta di atas. Kita boleh meramalkan member sabah kita ni asal dari mana, samada pantai barat or pantai timur BERDASARKAN PENGGUNAAN SAYA ATAU AKU BELIAU DALAM PERTUTURAN SEHARIAN !!

Ookay, majoriti orang2 pantai timur yang meliputi, tawau,sandakan,kinabatangan, sempurna, kunak dan lahad datu menggunakan AKU sebagai kata ganti diri mereka. Manakala majoriti orang2 pantai barat menggunakan SAYA sebagai kata ganti diri pertama mereka.

NAMUN BEGITU! bukan semua orang2 pantai barat menggunakan SAYA. Berikut merupakan daerah2 pantai barat yang bukan majoriti menggunakan SAYA :

kudat,
kota marudu,
kota belud,
beaufort,
Kota kinabalu,
Labuan,
Kuala penyu

Kalau ada kurang bolehla tambah ya. Hmm follower pun dua jak, mengharap ada orang p tambah. Mimpi apa kau sepul. Hmm. Xapala, manatau ada orang baca kan. Tolonglah tambah kalau kurang ya. DAN BERIKUT MERUPAKAN DAERAH PANTAI BARAT YANG TEGAR MENGGUNAKAN SAYA :

keningau ( pakat )
Sook ( pakat )
Tenom
Nabawan ( pakat )
Tambunan
Ranau ( paling ni)
Tamparuli
Tuaran
Papar
Penampang

Ada beberapa lagi, cuma highlight daerah yang besar2 sikit jak. Rumit sikit pantai barat ni. Okay, dan satu lagi TRIVIA atau boleh di katakan FAKTA sudah. PENGGUNAAN SAYA INI LEBIH SINONIM DIGUNAKAN OLEH KAUM KDM. haaa, kaum KDM?

Kaum kdm/bangsa kdm :

KDM = KADAZAN , DUSUN , MURUT.

( tiga bangsa besar tu mempunyai rumpun2 lagi ya, boleh cek di google )

kaum kdm boleh dikatakan 90% menggunakan SAYA sebagai kata ganti diri mereka semasa bertutur. (90% tu aku agak2 jak ya, xda dalam mana2 statistik) tp that's damn true. So, kalau ada member sabahan kamu yang tegar menggunakan SAYA dan agak kekok menggunakan AKU kemungkinan besar dia berasal dari pantai barat dan sudah pastinya dia berasal dari mana2 bangsa kdm. Hehe. Boleh cek peta sabah yang lebih detail di bawah nie :



Klu x jelas, cari d google jak. Oohh. Lupa, penggunaan SAYA dan AKU pun ada macam2 jenis.

Saya = sia/ sy ( bahasa maya )/saia/saya/ sa (bahasa maya)

Aku = aku/ aq (bahsa maya)/ak (bahasa maya)

So, paham kan. Hehe. Tiada beza pun guna saya atau aku. Asal kita tau hormat orang dan pertuturan kita dijaga. Tapi kalau dengan member 1 kepala, lantak kau laah. Haha. Tp untuk bertutur dengan cikgu / pensyarah mostly orang guna saya. Sbg, tanda hormat kepada penyampai ilmu. Dan penulisan ilmiah seperti esaimen or surat wajiblah guna saya. Kalau berdoa pada tuhan ? Erm, bagi aku mana2lah yang penting isi dan tertib berdoa tu dilakukan dengan cara yang betul.

Kepelbagaian penggunaan bahasa inilah yang membuatkan malaysia is a nice country to live. So much things to learn and understanding and of course so many type of foods to taste. Dari ayam masak liku, ubi, ambuyat sampailah ke tuhau.


Jadi tuan2 dan puan2 sebelum saya mengarut lebih panjang. Saya tinggalkan entry kali ini dengan dua persoalan.

Soalan 1 :
Penulis blog berasal dari mana ?

Soalan 2 :
Mengapakah kaum kdm lebih sinonim dengan penggunaan SAYA ?

Jangan biarkan persoalan ini menjadi misteri. Ditambah lagi blog ni memang misteri sebab sunyi sepi. Krik krik..

#bolehbahkalaukau #bah #budiBAhasabudayakita