Wikipedia

Search results

Monday, 30 November 2015

IPG KAMPUS TAWAU #THROWBACK 1

26 june 2010 merupakan tarikh keramat aku.. why bro ?

haa. itulah tarikh aku menjejakkan kaki ke dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau yang tercinta.
one of the biggest ipg among 27 others ipg in malaysia

Caption di atas adalah berdasarkan cakap-cakap lect kami ya. Bukan saya yang memfatwakan fakta itu. Tapi, kebanyakan pelajar ipg lain yang datang ke ipg tawau memang said the same le. So, ini menguatkan lagi kebenaran caption di atas. Haha.

Berbalik kepada tarikh keramat itu. Haa, jujurku katakan masuk ke ipg ni ndak pernahlah terlintas di benak fikiran yang sempit ini. Sebab, I’M NOT A TEACHER at all bro ( pada mulanya haha) . sumpah bukan. Memikirkan kehidupan bangun pagi,gosok gigi dan mandi DAN ke sekolah for the rest of my life is not my hobby. Eh ? passion. Never. Sebab lain, mula-mula ke temuduga ipg tu. Masa sedang tunggu giliran di temuduga aku tengok-tengokla result SPM calon lain. DAMN.. 9A, 8A,7A,6A.. hmm Gue ni cukup-cukup syarat jer. HAHA.

SO, masa tu mulahlah bermain di benak fikiran ku, mesti pelatih ipg ni semua nerd. Hidup bosan dan confirm pointer akulah yang paling low sebab akulah yang paling low IQ di sana nanti. HAHA. Sempitnya otak masa tu , ndak sangka juga dapat masuk ipg walaupun saingan masa tu sangatlah hebat. Rezeki ALLAH. Alhamdulillah….

Hatta… bermulalah kami mendaftar pada 26 june 2010. Tengok-tengok senior macam rasa wow bestnya dorang mau habis sudah, mau jadi cikgu suda. Padahal masa tu senior yang urus pendaftaran kami belum pun masuk PISMP .HAHAH . Tapi bila tengok student-student yang mendaftar mulalah pemikiran sempit x rasional itu datang. Takut x dapat angkat subjek la, takut gagal la, takut xdapat adapt cara pembelajaranlah. Berkeluaranlah semuanya..

Seminggu sebelum masuk ipg aku sebenarnya dapat pangilan tawaran melanjutkan pelajaran ke universitI pendidikan sultan idris ( UPSI) dalam  kos pendidikan pengajian am kalAU x silap. Fuh lagilah susah kalAU aku terima KOS tu kan. Bagus-bagus dapat kos pendidikan pemulihan s.k di ipg tawau, mau cari pasal pula terima kos yang lagilah susah.  Dan suatu yang cukup membanggakan ialah aku dapat tajaan biasiswa yayasan sabah untuk ke UPSI. Hmm. Damn I feel genius time tu. Sebab susah juga mau dapat biasiswa yayasan sabah masa tu,  boleh-boleh aku yang noob ni dapat. Padahal keputusan STPM pun alahai sikit lagi straight A. HAHAHA. Tipu ya. Ngam2 syarat jak. Tapi rezeki Allah dia bagi ikut sukanyalah kan.

UPSI ( Melepas jo)

TAPI, MEMANDANGKAN AKU DAPAT IPG TAWAU, MAKA AKU TOLAK SEMUA ITU. Fuh. Berat tangan menolak, berat lagi hati ini merelakannya.

ketentuan Allah sapa yang boleh lawan. Jadi setelah mempertimbangkan baik-buruk IPGM dan UPSI maka aku pilihlah IPGM KAMPUS TAWAU. Hatta  bermulahlah kisah aku selama 5 tahun 6 bulan di sana…  orang kata tak kenal maka tak cinta kan. So aku try2 lah kenal-kenal dengan IPG KAMPUS TAWAU.. ALHAMDULILLAH everything went well.


MY family for 5 years 6 month  in ipg kampus tawau (rizwan hanafie dan jaikral xda dlm gambar) sorry ging..


so lucky to have you guys ... see you again..

INI BUKAN CERPEN.. ini bukan cobaan.. ini benar-benar..

18/11/2015 , Tepat jam5. 40 p.m di bandar tawau tiba-tiba …

Tit tit…. Bunyi wasap menggangu lamunan ku dari khayal mendengar lagu balada dari corong radio kereta sahabatku yg bernama zairey… tatkala membuka mesej wasap dari group pismp jun 2012 itu aku tergamam seketika melihat mesej  dari salah seorang sahabat batch aku sendiri di dalam group pismp jun 2012, mesej itu berbunyi

‘’boleh sudah cek tempat interview spp….’’

Yg membuatku lebih terkesima tatkala membaca mesej tersebut ialah di hujung msj tersebut berbunyi

 ‘’ interview spp mcm di tempat sendiri’’
hitam bos

Jauh di sudut Hatiku berbisik..’ahh, aku mesti interview d tawau juga, mustahil di keningau (kampung gue) sebab mana ada masa mau packing, kemas fail semua’’

Namun, sangkaanku kian pudar pabila bertalu-talu mesej masuk mengatakan mereka semua interview di kampung halaman tanah tumpah darah mereka.. entah mengapa, aku yang selalu buat endah tak endah tentang semua perkara, aku yang tak kisah apa jadi dengan kehidupan aku ini rasa seram sejuk saat itu… sukar untuk ku gambarkan perasaan yang bercampur baur saat menerima mesej tersebut, mahu juga aku cek sendiri tempatku  ditemuduga, namun, tanganku, mindaku, jiwaku seolah-olah belum bersedia untuk menghadapi  kesibukan, keadaan, perasaan dan perpisahan yang bakalku alami sedikit masa lagi… ah sungguh kejam kau masa! Sungguhh..

Pul..pul..!!

Suara yang sudah biasa ku dengar itu mengejutkan aku dari hanyut terus ke dalam lamunan yang tak terhenti… aku yang dari tadi hanyut di dalam duniaku sendiri menoleh ke belakang kereta dan menjawab pertanyaan daripada seorang sahabatku yang berasal dari ranau sabah itu..maka berlaku la sedikit perbualan di dalam kereta yang hanya kami bertiga waktu itu  iaitu aku, zairey dan victor..


           Aku, jiri dan victor

Victor : pul. Ko di mana temuduga.. sia di kk juga oo… ala bukan tempat sendiri..
Aku : tu la, sy tia tau lagi ni vik nantilah sy cek..
Zairey : uiii tempat sendiri ka pulak ???
Victor : eya..
Zairey : aii, bilang miss di tempat kita internship.
Aku : mungkin kamu Sandakan di tawau juga interview tu..
Victor : cuba cek

Ah di mana-manalah asal habis’’ bisik hatiku… aku beranikan diri untuk membuka portal spp itu untuk mengguraikan segala pertanyaan yang bermain di mindaku 3 minit yang lalu..
Selepas memasukkan no. kp di dalam ruang yang disediakan.. aku akhirnya beranikan diri untuk  menekan butang enter ( pengecut siot haha)..saat paparan itu muncul ..ku ukirkan senyuman di wajah ini namun ku sembunyikan suatu perasaan yang sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata…

Aku : di keningau juga ni vik
Zairey : aku … aku …???
Aku : jap sy cek……….uiii Ko di Sandakan jiri !!

Maka, terlerailah segala pertanyaan dan kebenaran. YA, SEMUA TEMUDUGA DI KAMPUNG HALAMAN ATAU PUSAT YANG BERDEKATAN!!!! DAMN MEN.. wtf is happening now. 


Aku lihat wajah sahabatku zairey seolah-olah dihempap suatu beban di bahu, pinggang,perut dan  wajahnya ( lebih-lebih pula hahah ). Mukanya yang selalu disertai dengan senyuman tatkala di waktu yang sedih macammana sekalipun berubah saat mengetahui dia akan ditemuduga di Sandakan… mungkin yang membuatkan aku, zairey dan viktor merasa suatu bebanan dan bukannya kegembiraan saat mengetahui jawapan tersebut ialah ‘PERPISAHAN’ .. tidakkah kau takut makhluk yang bernama ‘PERPISAHAN’’ ??? ( CENGENG gila monyet lah kau sepul ) ya, 5 tahun  6 bulan bukan suatu masa yang singkat untuk kau tinggalkan begitu sahaja.. bukan suatu masa yang kau lalui dengan 1,2,3 memori sahaja dan bukan suatu masa yang kau jumpa 1,2,3 orang sahaja.. ya bukan.. bukan.. bukan… sungguh bukan….

Malam-malam akhir di tawau

Zairey yang memandu waktu itu dan aku duduk disebelah kerusi pemandu manakala viktor yang duduk di bahagian belakang terdiam sejenak sambil menelusuri malam-malam akhir di bandar tawau tersebut. Zairey seolah-olah hilang arah seketika ketika memandu, tidak tahu dimanakah hala tuju seterusnya.. aku yang tadi hanya merenugi lampu-lampu malam di bandar tawau itu cuba menerima bahawa malam ini mungkin malam-malam akhir aku disini…

ALLAHHUKABAR ALLAHHUKBAR…..

Laungan azan mengejutkan kami  bertiga dari lamunan yang sungguh dalam sebentar tadi… laungan azan tersebut menandakan telah masuk waktu maghrib bagi kawasan tawau dan yang sama waktu dengannya…..

Zairey : vik, nanti ko cari la tempat parking ya.. kami pi solat dulu, jom maghrib pul ( dalam suara dan nada yang sayu ) :’(
Aku : jom –
Vikctor : okok…

Tatkala memasuki masjid bandar tawau  yang berdekatan dengan servey (pakwell) itu kendengaran suara sayu zairey….’’ Sedihnya pull’’.. aku hanya senyum sambil membuka selipar dan terus ke ruang tempat mengambil wuduk…. Bersambungg…



 masjid tawau :'(


p/s : bnyk salah eja,penggunaan perkataan yg xbetul serta penggunaan tanda baca yg xmengikut landasan yg benar.. sorry saja2 tulis mls ikut yg bener2.